Monday, November 28, 2011

Talkative me

Bestnya tadi bergayut sama sayang aku biarpun tidak lama sebab bateri aku lowbat . Kick betul ! Bateri dia pun terikut lowbat juga . Sekejap sahaja aku bercakap sama dia . E rindu aku bah . Lama sudah kami tidak bercolling talking ni . Kalau dulu sebelum dia ikut pertahanan awam , dia selalu call aku . Kadang-kadang sampai pagi dia call . Biarpun masing-masing sudah tidur tetapi tetap berpasang itu panggilan . Maklumlah aku kan pandai terbangun malam terutama bila aku tiba-tiba mimpi ngeri . Pandai takut sendiri then kasih bangun dia temankan aku lagi sampai aku tertidur . So sweetttt ! Hahaha :)

Pandai bosankah kamu kalau aku bercakap pasal dia sahaja ? Tak ada story aku ne . Mesti ada yang cakap ne ' kalau tak ada cerita tak payah berblogging ' . Suka hati akulah ! Hahaha :) Tinggal 8 hari lagi aku di sini . Tak sabar aku mahu packing barang . Last-last day ne kan baru keluar semua perangai sebenar aku dekat sini . Dulu trip-trip muka baik . Pendiam konon . Orang tak suka pun senyum sahaja . Sekarang apa aku peduli . Kalau aku tak suka aku cakap terus-terus . Kenapalah kalau mereka memaki aku pakai bahasa mereka . Mahu kasih puas hati aku bah . Hahahaha . Jahat aku !

Tadi juga bercolling sama mama aku . Dia tanya aku sudah makan atau belum ? Aku cakap belum . Dia cakap mesti aku di sini makin kurus . Dia cakap kenapa tidak makan makanan hotel . Aku jawab tak mahu aku makan makanan hotel . Loya tekak aku ne . Sakit perut aku makan makanan hotel ne . Mulai sekarang aku bawa bekal sahaja dari rumah . Tidak kira betapa lambat pun aku benda itu paling wajib . Kalau tidak pun aku makan maggi cup sahaja . Hari-hari makanan aku maggi cup . Pagi petang makan maggi . Mana tak kurus . Cehwahhh ~

Lepas itu sayang aku lagi tanya aku sudah makan atau belum . Sekali lagi aku cakap belum . Dia cakap dia tak sabar tunggu aku pulang KK . Dia cakap makan minum aku tak terjaga dekat sini . Dia juga suruh aku cari kerja sahaja dekat KK . Senang dia mahu jaga aku nanti . Tak mahu lagi dia jauh-jauh dari aku . Cukup sudah 2 bulan kami menjauh . Kesian :) Maklumlah dari awal perhubungan malahan sebelum perhubungan ini lagi kami tidak pernah berjauh . Baru ini first 2 bulan kami berjauhan . Bila aku tanya pendapat dia pasal aku mahu kerja di KL dengan kakak sepupu aku lagilah dia marah . Lawas yang 3 jam perjalanan pun sudah jauh bagi dia apalagi KL yang mahu naik kapal terbang beribu kilometer tu .

Tak dapat aku imagine hidup aku kalau tak ada dia . Mungkin aku boleh hidup masih . Memanglah bah kan . Belum pernah lagi ada orang mati semulajadi gara-gara putus cinta . Paling-paling pun bunuh diri . Tak berbaloi langsung . Aku tak dapat pastikan macam mana keadaan aku bila dia tak ada dalam hidup aku tetapi satu aku boleh pastikan yang aku tak kan bunuh diri . Hahaha :) Jauh melencong sudah otak aku . Rindu aku sama mama aku , adik lelaki & perempuan aku yang cute . Rindu gila . Kamu tunggu saya balik ah . Nanti saya kasih beli kamu hamster . Macam-macam adik aku ne . Umur baru 5 tahun & 3 tahun tetapi otak bergeliga . Untung betul lahir zaman sekarang ne . Otak budak-budak cepat pandai .






MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: