Saturday, December 24, 2011

CEritera aku . dia . bekas kekasih

Something aku mahu luahkan sama kamu ini . Tetapi aku takut nanti ada yang terluka . It was about aku , dia dan ex . Kamu mahu tahu kah sekarang ini aku sedang berbahagia sama pujaan hati aku bernama Mohd Hafiz . Memang kamu tahu pun kan sebab dalam blog aku ni tak pernah nama dia tak muncul kan . Bahagia aku sama dia . Cara dia menjaga aku . Cara dia hormat aku . Cara dia bercakap sama aku . Even kalau dia marah aku pun dia tak pernah tinggikan suara dengan aku . Aku tak tahu macam dia boleh tahan sama perangai aku yang keras kepala ni tanpa meninggikan suara dia . Kalau dia marah dia tetap berlembut sama aku . Cuma kadang-kadang dia tidak melayan aku bila dia marah . Dia cuma diam sahaja . Mungkin dia takut kalau-kalau dia marah dia meninggikan suara dia dengan aku . Semua orang cakap dia ni bagus dan memang no doubt sepanjang 6 bulan aku sama dia memang dia baguslah . Dia menjaga aku . Belum pernah dia kasar sama aku . Memang di ingatan dia cuma aku bah . Betul-betul aku bahagialah sama dia . Aku tak dapat imagine sama kamu macam mana bahagianya aku sama dia . Memang dari mula Tuhan hantar dia sama aku sebab aku perlukan dia dalam hidup aku . Dia ubah hidup aku tanpa ubah diri aku sendiri . Dia buat aku melupakan ex yang pernah satu ketika dulu aku cinta mati . Buat aku sakit hati sengsara . Tiap malam mahu nangis mengenang dia . Paling sakit aku rasa bah .
Kemudian sekarang ini kami rapat sudah menjadi kawan dan orang selalu menganggap aku masih menaruh perasaan sama dia . Masih ada lagi konon bibit-bibit cinta sama dia . Paling power lah ayat aku bah . Hahaha . Macam mana aku mengelak tetap tidak dapat bah di mana girlfriend ataupun bestfriend aku lagi minta tolong sama aku tentang dia . Banyak-banyak hubungan ex aku ni satu orang perempuan sahaja aku restu iaitu bestfriend aku shakira anabella . Kalau perempuan lain hampehh aku mahu restu ah . Biarpun aku cuma bekas dia tetapi aku ambil berat sama dia kalau soal perempuan . Aku mahu untuk dia perempuan yang bagus-bagus . Aku tidak mahu perempuan yang kuat cemburu melarang dia berhubungan sama orang lain . Terlalu sosial kah . Tak aku setuju sebab aku anggap dia macam kawan aku dan saudara sudah bah . Kadang    bila dia cakap sama aku dia sayang aku pandai juga tergugat iman aku mahu balik sama dia . Tapi aku tahan hati aku sebab aku tahu balik sama dia erti aku manghancurkan hidup aku buat kali ke-2 . Cukup bagus sudah dan bersyukur aku sama hidup aku yang sekarang ni . Kalau dulu dia orang yang aku mahu tetapi sekarang ni satu-satunya orang yang aku mahu hidup ialah pemilik hati aku yang sekarang . Aku teringat kata-kata shasha ' Tuhan tak bagi apa yang kau mahu tetapi Tuhan bagi apa yang kau perlu ' . Aku rasa aku mahu dia sebab dia hensem dan ramai kenal dia kali kan . Supaya boleh bikin aku bangga-bangga sama perempuan di luar sana . Tetapi keburukannya ialah dia tak jaga hati aku . Dia selalu mengabaikan aku . Dia suka buat aku suka hati dia jak mahu layan atau tak layan . Dia suka buat aku nangis . Dia tak pernah meyakinkan aku yang dia sayang aku .
Sebab kenapa aku perlu Hafiz ialah walaupun dia tak sehensem ayong . Muka dia sedap memandang dan aku rasa dia cute . Tetapi kamu lihat macam mana dia layan aku . Dia hargai aku . Kamu lihat macam mana aku boleh bertahan dengan dia selama 6 bulan padahal ini barulah first long term relationship aku . Sudah ada bukti depan mata perbezaan mereka kan . Aku patut menghargai orang yang menghargai aku juga dan bukannya mencari orang yang membuang aku . Lepas ini aku kurangkan berhubungan sama  ayong . Aku bahagia sama hidup aku sekarang dan aku tak mahu merosakkannya .
I hope hubungan aku sama Hafiz berkekalan . Aku mahu hidup sama dia . Aku mahu ada anak sama dia . Aku mahu jadi tua dengan dia . Panjang angan-angan aku ni tetapi aku berharap dan sentiasa berdoa kami kekal . No man i ever want except him . Please pray for us reader .
MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: