Tuesday, January 17, 2012

Berkat Mimpi Mengandung :)

Pada 11 Januari tu kan aku ada mimpi mengandung . Then pemilik hati usap usap perut aku yang tengah memboyot tu . Hairan kan ? Jam 4 pagi macam tu aku terbangun dari mimpi tu dan aku text sayang aku bagitahu pasal mimpi tu . Apa lagi dia pun syok lah dengar bah . Aku tanya dia apa maksud mimpi tu ? Tapi dia tak tahu . So sampai lah sabtu lepas tu aku tertanya-tanya apa maksud mimpi tu . Betul aku sangat curious kali ni tentang mimpi aku tu .
Paling ngam time tu baby aku mahu sleepover di rumah aku tapi tak menjadi . So aku mahu pinjam buku mimpi sama baby pipey aku . Dia cakap buku tu tak tahu simpan dekat mana dah . Then dia tanya kenapa ? Aku cakap lah yang aku mimpi aku mengandung . So pipey cakap ' Woi , gila kau !Maksud dia murah rezeki tu . Bagus tu mimpi mengandung ' . Aku pun terkejutlahh . Fikir mimpi tu mendatangkan petanda yang tak bagus kan . Rupanya petanda murah rezeki . Bestnyerrrr ~
Tapi aku tak lah tertanya-tanya apa pula rezeki kena bagi sama aku ni ? Duit kah ? Hadiah kah ? or something else ? Sampailah aku bertexting sama besties aku yang tak pernah aku jumpa . Bermesra di facebook dan telefon sahaja . Dia kerja jadi reception di sebuah syarikat bernama Sky Enigma . I dont know apa kerja tu ? Tapi besties aku cakap reception call call orang . Gaji not bad juga Rm1000++ . Tempat tu dekat Centrepoint tingkat 8 . Lengkap lagi aku bagitahu , Yala manatahu ada readers aku yang tengah mencari kerja kan . Boleh lah apply k :) Sepatutnya hari ini aku interview dekat situ tetapi semalam kakak sepupu aku cakap ada vacancy dekat Promenade Hotel dan Hyatt Hotel . Hotel 5 star tuuuu ~ Vacancy receptionn . Aku baca news paper semalam , macam durian runtuh jak aku rasa terlalu banyak hotel mencari receptionist . Tapi aku tak mahu lah pilih bajet hotel kan . Of course yang ada bintang banyakk . Hahaha .
So aku tak pergi tu interview sebaliknya aku apply dua buah hotel ni . Actually kan Promenade Hotel tu yang ada vacancy Front Office . Hyatt hotel cuma ada latihan membina kerjaya dalam sektor perhotelan . Sijil kerajaan lagi tu dari  Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ( Kementerian Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat ) . Maklumlah hotel sekarang tumbuh macam cendawan . Aku dengar-dengar 15 ribu bilik yang ada di Kota Kinabalu ni masih belum mencukupi .
Aku kalau boleh bahagi badan aku kepada dua ni kan . Aku mahu apply dua-dua . Tapi mesti juga kan aku kena pilih antara satu . Ni advertisement yang aku dapat di newspaper .


click to enlarge




click to enlarge



Sangat membingungkan tetapi aku rasa aku akan apply dua benda ni then bila harus kena pilih aku pilih Hyatt Hotel sebab banyak keistimewaannya . By the way aku mahu dapat sijil dulu banyak-banyak dalam bidang perhotelan .

p/s : Thanks to the pregnant lady in my dream :) of course its me lahh . Ngahahaha

MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: