Monday, January 23, 2012

Im Without Him :'(

So sekarang ini aku terpaksa teruskan hidup tanpa dia . Dia ? Yes ~ It was Mohd Hafiz bin Amit . Siapa yang sangka kan ' sweet couple ' selama ini akan putus macam ini . Terimalah kenyataan wahai reader . Terimalah kenyataan bahawa selepas ini tak kan ada note berbunyi kebahagian dalam post di blog aku ni . Yang ada cuma kesedihan luahan dari seorang perempuan yang broken heart . Ketabahan seorang perempuan yang cuba menjalani hidupnya seperti hari-hari biasa tanpa seorang lelaki yang dia sangat sayang . Mungkin kamu cuma akan cakap ' ala ~ banyak lagi lelaki bah . Bukan dia jak satu orang di dunia ni ' . Memang lah di akui banyak lagi lelaki di dunia ni . Mungkin salah satu dari sejuta tu akan menjadi teman hidup aku selepas ni .
Tetapi permasalahannya di sini ialah kami berdua terluka . Aku sama dia putus bukan sebab kes curang atau tidak berngam lagi . Percayalah bila aku cakap dia yang terbaik pernah ada dalam hidup aku . Kalau kamu baca post aku mengenai dia sebelum ni , post memuja dia then percayalah aku memuja dia bukan kerana aku sayang dia maka aku buta menilai dia . Tetapi kerana ia memng sebenar-benarnya seorang lelaki yang baik . Lelaki yang sepanjang aku bersama dia , tidak pernah meninggikan suara , selalu memanjakan aku , fahami aku , selalu ada di saat mood aku marah , sedih atau gembira . Kalau aku marah dia sentiasa redakan kemarahan aku sambil bagi nasihat ' Ini tak betul ! Ini betul ' . ' Sabarlah sayang ' . 
Tak payah lah aku bagitahu kamu sebab kami putus . Yang penting kami putus bukan sebab kami mahu tapi sebab kami terpaksa . Aku sayang dia . Sayang sangat-sangat sama dia tapi kalau perpisahan kami ni untuk kebaikan semua orang aku rela . Mungkin baik untuk kami tapi kalau buruk di mata orang lebih-lebih lagi seseorang yang dekat dengan kau , so maknanya berkorbanlah kan demi kebahagian mereka yang suka melihat kami terpisah . Aku menangis ? No doubt malam ini aku akan menangis malah malam-malam yang aku lalui tanpa dia selepas ini pun akan ada air mata yang mengalir . Tiap malam mungkin aku akan menangis .  Tapi cuba aku katakan sama diri aku yang aku ni wanita kuat . Kuat hadapi cobaan Tuhan . Mungkin ada hikmah di sebalik semua ni . Mungkin dia bukan jodoh aku . Atau mungkin Tuhan cuma mahu pisahkan kami buat sementara waktu . Kalau dia jodoh aku ertinya seberapa kuat pun tentangan orang sama hubungan kami ni tapi kalau suda tertulis di Loh Mahfuz dia jodoh aku maka sesiapa pun tak kan dapat ubah atau menghalang lagi . Dia cakap ' biar takda restu asal kita bahagia walaupun dalam keadaan susah ' . Tapi aku lebih tahu dia yang sangat mementingkan restu dan aku pun begitu . Jangan semata-mata halangan ni dia sudah berubah pendirian . Sekarang tiada AIMI NADRAH bersama MOHD HAFIZ . Yang akan ada sekarang IM WITHOUT HIM . Without my half life ~ Try hidup dengan separuh nyawa ni . I'll try . Im a tough girl , right ?
MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: