Tuesday, January 3, 2012


Nampak tak cake dekat atas tu ? Secret Recipe tu .Bangga kunun :) 30.12.2011 tu mama PP adakan party untuk kami bertiga sempena birthday kami . Bulan 12 sahaja ok . PP ( 18.12 ) , aku ( 22.12 ) dan si kitut yang paling akhir ( 28.12 ) . Dekat-dekat jer birthday kami ni . Best spent time sama mereka . Paling best aku pergi dengan pemilik hati . First time kami pergi kenduri kendara or party bersama . Selalu aku seorang sahaja dan dia pun seorang sahaja . Masing-masing sendiri pergi majlis keramaian kawan-kawan . Bahagialah aku dapat tunjuk pemilik hati aku . Saja mahu tunjuk dia milik aku . Puii ! Macam taikk kan aku . Hahaha .
Paling menyeronokkan acara lagi apabila semua baby aku ada . Bff dunia dan akhirat aku ada . I miss them already . Lebih lagi menyeronokkan bila aku sleepover di rumah pp . First time aku tidur di rumah orang ni . Walaupun berkali-kali aku tidur sama dorang ni tetapi tidur di rumah aku k . Tak pernah lagi aku tidur di rumah dorang semua ni . Baru dorang yang merasa tidur di rumah aku yang kecil tetapi selesa . Maklumlah orang cakap rumah sendiri juga yang best bah tak kiralah kecil atau besar . Semak atau kemas . Home sweet home . Time itu kami bertiga yang birthday juga tidur sama-sama . Mengemas lagi mencuci piring . Sorry lah k aku tak banyak buat kerja walaupun acara itu pun sebenarnya untuk aku juga . Maklumlah wanita bekerjaya .
Selepas mengemas lepak-lepak sekejap dengan Bff aku . Cerita-cerita sampai satu demi satu orang dijemput pulang . Penat sangat aku sampai tertidur-tidur then c PP bangunkan jam 12 malam lebih sebab ada orang datang . Siapa ? Ex aku mahu datang jumpa kami . Penat aku . Aku minta dorang ja yang sambut tapi tak mahu . Mahu juga dengan aku sekali . Dengan muka baru bangun ni aku paksakan hati juga menyambut mereka semua . Nasib cuma sekejap lepas tu sambung tidur balik , Jangan juga tidur balik dorang PP mengoda-goda aku sama makanan . Coklat lah . Kacang lah . Tahan-tahan sahaja hati tak mahu makan . Besoknya aku pulang curi coklat dorang . HAHA . Padan muka !
Kesimpulannya aku bahagia bila dengan Bff aku . Paling tragik bila cuti sekolah sudah habis dan semua pulang pergi tempat masing-masing . Ada yag pergi Keningau , Uitm , Poli , Form 6 dan ada yang kerja macam aku dan Elly . Paling tragik dan paling jauh ialah Shasha . Dia pergi KL . Tak tahu bila lagi akan ada kami semua berkumpul macam ni . Rindu ~ I love you babyy .

MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: