Thursday, January 12, 2012

Story Of Us ♥

Hello reader :) Selamat Pagi semuaaa . Awal aku update blog kan . Pagi buta bahh . Currently di tempat kerja dan curi masa sedikit untuk update blog sebelum mula kerja :) Today aku mahu cerita pengenalan aku sama pemilik hati . Aku rasa belum pernah lagi aku cerita kan . Belum pernah lagi aku curhat di blog ini . Ndu kesian
Aku mula kenal sama dia actually lama sudah . Mungkin ages sudah lah aku kenal sebab dia kira family terdekat jugalah . Actually family terdekat cousin aku bukan aku . Tiap tahun rumah dorang paling wajib dikunjungi waktu raya . Macam tradisi pula kan beraya di rumah dorang :) Tetapi time tu aku tak pernah jumpa ni orang . Asal pergi rumah dia mesti muka dia tiada . So kurengg sikit lah kenal sama dia time tu . Malah aku tak peduli pun .
Kemudian kakak sepupu aku kahwin . Dekat sini semua family berkumpul . Semua family yang aku tak kenal pernah tahu wujud pun ada . Time tu ' oh ini cousin aku ' , ' oh makcik aku pula ni ' . Dekat sini baru aku betul-betul berjumpa sama dia :) Naik motor hitam dia lagi selalu stay-stay malam dekat rumah kakak sepupu aku tu . Time berbedak tu ada pula apek datang . Apek ni kawan aku or ex boyfriend bestfriend aku . Memang rapat lah kami . Time escape pun sama-sama juga . Tapi tak juga aku sangka yang apek ni rupanya kawan dia juga . Ok seseorang telah mula merapatkan lagi kami . Duduk satu meja sama apek dan dia tetapi mana aku layan dia . Bercakap sama apek jak aku . Aku buat tak peduli ja sama dia padahal mata tapuk-tapuk melihat dia . Curi-curi pandang :) Macam taik-taik kan aku . Sengaja lagi jalan-jalan depan dia . Trip-trip mahu show off bah padahal mahu tengok-tengok dia sahaja . Ngahahaha . Tapi tidak pandai mahu tegur dia . Mahu senyum pun tidak mahu . Ego kan aku . Ego sesangattt ~ Time bersanding pun langsung jangan harap aku mahu tegur . Di sana lagi ada cousin yang gete-gete mahu ngurat dia kunun . Sakit hati kita joooo ! Kalau dia balas teguran cousin aku tu nah sumpah aku tak kan tegur-tegur dia langsung . Kenapalah ! Nasib dia tak tegur . Ngahahahaha. Kejam kan aku :)
Last kenduri kahwin tu semua family pulang . Of course aku lambat pulang aku kan keluarga terdekat dan pengapit lagi . Wowowow ! Time mahu pulang tu berfikir lagi mahu tegur kah tidak ah . Tegur kah tidak ? Ala kalau tegur pun bukan juga jumpa dia balik kan . So tarik nafas tegur jak lahh . Paling ngam time aku mahu tegur tu dia di sana depan aku so aku tegur lah dengan senyuman manis kunun . ' Bah bye pis , pulang dulu ah ' . Ceh wahhh ! Mahu gugur jak tidak oh jantung aku tegur dia tu . Dia pun balas balik sama aku ' bah ! '.
Dengan senyuman juga dia bagi sama aku . Perghhh malu aku . Senyum-senyum sendiri bahh .
So aku fikir sampai situ jak kisah kami then terconnect lagi balik di FB . Aku cari-cari dia di fb . Tak jumpa juga . Nasib time tu aku beradd sama adik dia . Well sebelum ni kan belum pernah kami rapat then time kahwin tu automatik aku sama adik dia pun rapat juga . So aku cari dia dan jumpaaa juga akhirnyaa ♥ . Yeahh ~ Terus aku add diaaa . Nah start sana berchatting lah kami . Macam taik-taik kan aku ! Hahha . Dia minta nombor hp lagi . Aku bagi jak . Texting lahh . Text dan terus text . Sampai satu saat tu dia bawa aku couple . Tapi aku masih ragu-ragu sebab time tu aku masih berfeeling sama Ex aku . Sampai tanya soalan bodoh lagi sama dia . ' Kalau aku mahu kau gunting rambut , kau sanggup kah ? ' Dia cakap sanggup . Macam-macam soalan pelik aku tanya sama dia . Then aku terdiam . Lost contact sekejap sama dia . Dia tak text aku lagi . Start sana aku rasa macam lain . Macam sunyi hidup aku bila dia tak text aku . So aku text dia . Buang ni ego aku . Aku cari dia balik then dia bawa lagi aku couple . Time tu masih lagi aku ragu-ragu tapi aku terima juga . Kalau tak silap aku 25.4.2011 time kami couple . Then dia bawa aku jumpa sebab dia cakap dia mahu pergi KL . So jumaat tu kami jumpa . Padahal actually tujuan aku sana date dan kasih break dia sebab aku masih teringat sama Ex aku . Tapi bila kami di K-box tu , dia kasih nyanyi aku lagu . Aku lupa lagu apa sebab banyak sana . Dekat sana aku menangis first time depan dia . Aku bagitahu dia semua lepas tu dia pun nangis . Hancur hati aku nampak air mata dia . Tapi aku masih juga teruskan sama plan bodoh aku tu . Untuk sekelian kali lagi , aku kasih break dia . Semua sebab aku cinta mati sama Ex aku . Padahal dia merayu sama aku sudah tapi aku masih berdegil . Masih dengan ego aku .
Cukup sampai di sana , kami dua ikut jalan masing-masing . Aku masih dengan hidup aku yang masih dalam kenangan dengan Ex aku . Then ada satu hari tu aku buka fb dan aku nampak status dia ubah pergi in relationship . Aku baca komen dia dan rupanya dia balik sama ex dia . Sakit hati aku buduhhh ! Sakit gila ! Macam hati aku kena kerat-kerat hidup-hidup bah . Aku menangis bahh . Nangis sekuat hati aku . Dekat sana aku sedar aku sebenarnya mula sudah sayang sama dia . Time tu dengan muka tidak tahu malu , aku buang ego aku . Aku nekad aku mahu dia balik . Aku tidak peduli sudah . Jadi aku ayat-ayat dia balik .
Aku mula belajar di ATI so dekat sana aku sama dia gila berjalan jak . Cp tu macam kami yang punya . Tiap hari di cp jak . Tapi time tu hubungan kami tak jelas . Kalau orang nampak memang kami kena cakap couple sebab perangai macam couple . Tapi sebenarnya cuma teman tapi mesra . Aku rasa dia mahu balas perbuatan aku sama dia . Its sokayy :) Sampailah 13.06.2011 tu kami tengok wayang . Di sana aku tanya-tanya lagi sama dia ' hubungan kita macam mana ? ' , ' aku sama gf kau mana 1 kau pilih? ' . Dia cakap dia mahu sama aku . Malam tu dia bawa aku couple . Start sana hubungan kami rasmi sudah . Akhirnya kan aku dapat dia balik . Tidak sia-sia juga . Walaupun time tu dia masih sama ex dia . Kira macam dia curang sama ex dia lah . Aku pula boleh di panggil perampas time tu . Bahagia lah aku sama dia sampailah bulan tujuh . Dekat sini memang kami balik bergaduh sebab bulan tujuh ni banyak meninggalkan kesan sama aku . Bulan tujuh ni aku balik-balik ingat ex aku . Kami pula bergaduh pasal ex jak . Bodoh kan !
Aku cuba slow talk sama besties aku . Dia banyak nasihat aku . So aku bagi try sama ini relationship . Lupa sama ex aku :) Lama-lama aku cinta sama dia . Makin lama makin bahagia . Tak pernah aku berenggang sama dia . Tiap hari jumpa dia . Kalau tak jumpa badmood aku terus . Tiap hari rindu sama dia walaupun jumpa tiap hari .
Pernah satu malam kami bercolling kami cerita kisah perkenalan kami :)  rupanya dalam diam time wedding tu dia pun tengok-tengok aku juga . Palig aku masih ingat ayat dia sampai sekarang , dia bagitahu aku apa kalau dia dapat aku ?

' Kalau aku dapat perempuan ni aku jaga dia bagus-bagus '

Sangat sweet kan ? So sweet ! Time sini aku terharu . Makin lama makin dalam sayang aku sama dia . Sumpah ! Aku pun akan jaga dia baik-baik . Bila aku pergi lawas 2 bulan memang menguji juga hubungan kami . Maklumlah aku sama dia mana pernah berrenggang . Tiba-tiba harus pisah 2 bulan . Sakit jooo ! Tapi Alhamdullilah masih bertahan juga . Syukur aku :) Hubungan kami kena uji lagi bila dia dapat pertahanan awam . Dia bertugas malam lepas tu siang dia tidur . Mula-mula tu aku tak boleh terima kenyataan . Aku tak dapat mahu faham kerja dia . Start sini gaduh seja . Macam aku rasa kurang sudah waktu dia untuk aku . Tapi aku tak mahu gaduh sama dia . Sakit hati aku setiap kali gaduh sama dia . Jadi aku mulai faham sama kerja dia . Then kami ok . Aku mulai terima sudah dengan semua ni . 
Makin lama makin bahagia . Betul aku tak pernah bahagia macam ni sebelum ni . Dia lah yang buat aku bahagia . Dia buat aku lupa ex aku . Dia ajar aku untuk menghargai diri aku sendiri dan orang lain . Dia ada cakap lagi sama aku ' tolong kau jangan pernah sebut nama ex kau lagi depan aku . Aku tak mahu kau terluka lagi '. Makin lama makin sayang aku sama dia . Cara dia layan aku . Dia lah terbaik buat aku . Tidak aku mahu cari lain . Cukup cuma dia .
Besok kami 7 bulan sudah . Alhamdullilah kami masih bertahan . Biarpun 7 bulan tapi perasaan aku sama dia sama macam waktu pertama aku jatuh cinta sama dia . Makin lama perasaan aku terlalu dalam untuk dia . 

To sayang ♥ Selamat Ulangbulan ke-7 . Me harap you jodoh me . You yang kahwin sama me . Hidup sama me . Iloveyou panjang-panjang . Haha . Dia yang ajar aku ayat ' panjang-panjang' tu . First time aku dengar pula taw . Its sokayy . You paling istimewa di hati me . Carta no 1 di hati . Me doa kita kekal . Mohd Hafiz milik aku sahaja . I dont care who you are or where you from . Kalau rampas dia kena lah kamu sana ahh perempuannn . Cari lelaki lain ! 

p/s : aku suka love story aku :) unik bagi aku walaupun bagi kamu biasa sahaja . 

MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: