Friday, January 13, 2012

Unexpected Things

Sebenarnyakan hari ni hari ulangbulan aku sama pemilik hati :) . Happylah 7 bulan sudah kami . Memang mood aku awal pagi ni agak hambar . Sakitkan aku dari semalam lagi sampai-sampai kak sepupu aku cakap muka aku pucat macam mahu kena jemput malaikat maut . Ngam-ngam lagi hidung aku berdarah . Tidak di jangkakan lagi aku dapat text dari kakak sepupu aku yang berbunyi macam ini .


1 message received 

Tadi mama tuaran cerita , 12345 apis cerita yang kau setiap masa sms dan call apis . Jadi apis macam tak ada masa mahu rehat . Dia kesian apis kerja malam jadi tidak banyak rest . So moral of the story boleh kah kau sms atau call apis 1 hari 2 kali jak ? Sebab saya malas mahu dengar complain dari 12345 apis . Asal mama tuaran pergi sana mesti 12345 apis complain pasal kamu . Kau pergi CP hari tu pun mama tuaran tahu juga sebab 12345 apis bagitahu . Kau jangan forward ni sms sama apis . Siap kau kalau dia tahu ya .

Apa perasaan kamu tiba-tiba dapat text macam ini ? Buat apa aku tanya sedangkan blog ni pun aku sudah kasih private kan :) Macam cerita aku yang aku update sebelum ini , aku sudah cakap kan yang kerja dia aku sudah mula faham . Dia cakap sama aku dia mahu rehat aku bagi . Aku tak kacau dia . Jalan pun aku masih tanya dia kalau dia dapat atau tak . Jangan paksa kalau penat tapi dia yang ngeras mahu jumpa aku . Aku tak sangka bahagia kami macam ni rupanya dalam diam jadi bermasalah sama orang lain .
Aku tak tahu mahu buat apa sama benda ni . Rasa macam hancur hati aku . Mahu break jak terus . Mahu lariii ! Tapi aku sudah janji sama dia aku tak kan tinggalkan dia . So macam mana ? Aku tak mahu kena cakap terhegeh-hegeh sama anak orang . Malas aku mahu fikirrr :) aku kuat bah kan ? Aku yakin aku kuat walaupun waktu menulis ni blog aku mahu menangisss tapi masih dalam keadaan sedar lagi aku yang aku sedang bekerja sekarang . Its okayy Its alrightt .



MOHD HAFIZ MINE . SILA FOLLOW :)

No comments: